Agenda Israel Menghapuskan Masjidil Aqsa

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar 
sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam.

Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang “Al-Dastour” harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:

Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.

Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.
Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor, Mathematics Zayed University Dubai

Lebih jelasnya lihat gambar berikut.

Peta Masjidil Aqsa

di gambar tersebut mesjid (kubah Kuning) tersebut bukan merupakan mesjid al aqsa, mesjid itu adalah ” Dome of the Rock Mosque ” dibuat 76 Hijriah oleh Khalifah Abdul Malik Bin Marwan
yang dimaksud masjidil Aqsa adalah yang ber kubah gelap

Didirikan tahun 19 H
oleh khalifah Omar Bin Al-Katab

Masjid Aqsha, tempat mi’raj Rasulullah. Zionis Israel ingin merobohkan tempat suci ini untuk membangun Haikal Sulaiman yang wilayah kekuasaannya seantero Timur Tengah. Dari sana baru ke seluruh dunia.

Kubah Masjid Aqsa

Nasrani, Yahudi dan Muslim di Yerusalem.

6 Responses to Agenda Israel Menghapuskan Masjidil Aqsa

  1. Asop says:

    Zionis kurang ajar…. 😡

  2. henry says:

    Bangettttttttttttttttttttttt…..

  3. poetrakukar says:

    Alhamdulillah,bertambah satu lagi hamba Allah yang berkenan dan sudi memberitahukan,mengabarkan dengan baik dan benar tentang sejarah islam,tempat ibadah bersejarah,dan insya allah berikutnya akan lebih banyak lagi yg bisa kita ketahui tentang Sejarah Islam dan lain-lain.
    Semoga Allah SWT memberikan kemudahan bagi penulis,penerbit,peng-upload atau yg bersangkutan lainnya.
    Amiiiin yarabbal ‘alamiin…

  4. Matius says:

    Tolong Baca dan menelaa bai-baik, agar anda akan ketahui kebenaran asli. bahwa Masjid Al AQso itu bukan dibuat oleh siapa yang kalian sebutkan, atau sementara diajarkan oleh Alim ulama sekarang ini. Masyid Alakso adalah di Buat oleh Solaiman bin dawud. pada tahun 70 an M jendral titus dan tentaranya menghancurkan sampai menyerhkan Israel Ketangan bangsa kafir sampai saat ini….??? jadi tidak salah IIsrael merebut kembali lagi…

Tinggalkan komentar